Spurs disaran beli Rashford

Rashford
Rashford
A
A
A

BEKAS pemain Tottenham Hotspur, Jamie O'Hara percaya Spurs perlu mendapatkan Marcus Rashford walaupun pemain itu gagal memberikan impak di Old Trafford musim lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya berjaya meledak lapan gol dalam semua pertandingan untuk Red Devils pada musim 2023/24.

Prestasinya juga menyaksikan dia tidak dipanggil bersama England untuk Euro 2024 apabila Gareth Southgate memilih untuk mengambil pemain seperti Phil Foden, Anthony Gordon, dan Eberechi Eze.

Tetapi itu tidak menghalang bekas pemain tengah Tottenham, dan hos talkSPORT, Jamie O'Hara menyeru Rashford untuk berpindah ke London.

“Saya tidak tahu kenapa walaupun dia mengecewakan musim lalu, tetapi tetapi dia mempunyai kualiti bintang.

“Dia mempunyai faktor X dan jika anda mendapat pengurus yang sesuai, dia akan berada pada tahap terbaik," katanya.

Rashford juga berdepan hubungan yang kurang baik dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Keputusan pemain sayap itu untuk berhibur di kelab malam selepas kekalahan derby 3-0 pada Oktober kepada Manchester City disifatkan 'tidak boleh diterima' Ten Hag ketika itu.

Artikel Berkaitan:

“Dia tidak serasi dengan Erik ten Hag, itu masalah yang mereka perlu selesaikan.

"Anda tidak boleh mempunyai seseorang dengan bayaran £375,000 seminggu hanya duduk di bangku simpanan tanpa melakukan apa-apa dan tidak bermain," katanya.

Marcus Rashford telah berada di United sejak dia berumur tujuh tahun dan memulakan kerjayanya untuk pasukan utama pada 2016 dalam perlawanan menentang Midtjylland.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!