City berminat dapatkan Donnarumma

Gianluigi Donnarumma
Gianluigi Donnarumma
A
A
A

PENJAGA gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma berada dalam radar juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City sekiranya penjaga gol utamanya Ederson berpindah ke kelab Arab Saudi.

Calciomercato melaporkan Donnarumma yang menyertai PSG secara percuma dari AC Milan pada 2021 menghadapi persaingan di kelab Paris itu dengan seorang lagi penjaga gol, Matvej Safonov.

Perkembangan tersebut ditambah dengan tarikan bermain di EPL di bawah bimbingan Guardiola telah membuka kemungkinan baharu untuk penjaga gol itu.

Minat Manchester City terhadap Donnarumma berkait rapat dengan masa depan yang tidak menentu penjaga gol pilihan utama mereka sekarang, Ederson.

Pemain Brazil itu telah menarik minat yang mendalam dari kelab Arab Saudi, khususnya Al-Ittihad dan sekiranya Ederson pergi, City berminat untuk mempunyai pengganti yang berkaliber tinggi.

Kontrak Donnarumma dengan PSG sehingga 2026 dan terdapat perbincangan awal mengenai kemungkinan lanjutan sebelum Euro 2024.

Bagaimanapun, situasi telah berubah selepas PSG menyambar Safonov.

Walaupun Donnarumma tertarik dengan prospek bermain di Liga Perdana, dia kini mengutamakan komitmennya kepada PSG.

Artikel Berkaitan:

Ejennya, Enzo Raiola, baru-baru ini memuji Donnarumma sebagai pemain terbaik dunia dalam kedudukannya dan menekankan penghargaan PSG terhadap penjaga gol itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!