Siapa waris kanak-kanak ini?

JKM mencari waris kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan berhampiran tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan di sini pada 9 Julai 2022.
JKM mencari waris kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan berhampiran tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan di sini pada 9 Julai 2022.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah mencari waris kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan berhampiran tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan di sini, dua tahun lalu.

Pegawai JKM berkata, ketika bayi itu ditemui pada 9 Julai 2022 di lokasi tersebut, tiada sebarang dokumen ditemui dan kini dia ditempatkan sementara di bawah jagaan pasangan suami isteri masing-masing berusia 35 dan 32 tahun dari Taman Bertam.

"Usaha mengesan waris telah dilakukan dengan membuat siaran akhbar pada 21 Julai 2022 setelah mendapat kebenaran daripada mahkamah Majistret Ayer Keroh di bawah Subseksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Menurut pegawai JKM itu lagi, waris atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah di talian 06-3333333.

Media sebelum ini melaporkan JKM Daerah Melaka Tengah mencari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, di sini.

Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya sejurus dilahirkan di dalam tandas berkenaan, jam 12.40 tengah hari, 9 Julai 2022 sebelum ditemukan orang awam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!