KK Super Mart bantu kesan kanak-kanak hilang di Johor Bahru

Notis pencaraian kanak-kanak perempuan yang hilang di Johor Bahru dipasang di semua 866 cawangan KK Super Mart.
Notis pencaraian kanak-kanak perempuan yang hilang di Johor Bahru dipasang di semua 866 cawangan KK Super Mart.
A
A
A

SHAH ALAM - Prihatin dengan insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Johor Bahru, Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) mengambil inisiatif memasang notis pencarian di semua 866 cawangannya di seluruh negara.

KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut dilaksana untuk menyebarkan kesedaran dan gerakan komuniti bagi mempercepatkan lagi pencarian kanak-kanak yang hilang sejak Sabtu lalu itu.

"KK Super Mart dengan penuh komitmen menyertai usaha mencari kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang di Johor Bahru. Hati kami bersama keluarga mangsa, dan kami bertekad untuk melakukan segala yang termampu untuk membawa dia pulang dengan selamat.

"Usaha membantu sesama manusia, terutama dalam situasi kecemasan seperti ini bukan sahaja merupakan tanggungjawab sosial tetapi juga cara untuk memperkukuhkan ikatan komuniti.

"Dengan bekerjasama, kita dapat menunjukkan kekuatan dan keprihatinan sebagai sebuah masyarakat yang bersatu. Setiap individu memainkan peranan penting dalam usaha ini," kata kenyataan itu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, kira-kira 8.30 malam, pada Sabtu.

Kumarasan dipetik berkata, kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar 'Mickey Mouse' pada bahagian dada dan berseluar pendek.

Susukan itu, beberapa pihak menawarkan wang ganjaran berjumlah sehingga RM50,000 kepada pihak yang berjaya menemukan kanak-kanak itu menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, KK Super Mart dalam kenyataan sama berkata, usaha yang diambil bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pencarian, tetapi juga memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa yang sedang menghadapi saat sukar ini.

"Mari kita bersatu dalam usaha ini dan berkongsi sebarang maklumat yang boleh membantu. Dengan kerjasama dan komitmen kita semua, kita dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap ahli komuniti," katanya.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang ini diminta menghubungi pihak polis dengan segera di talian 07-5114222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!