[KRONOLOGI] Kes kehilangan Albertine Leo

Albertine Leo Jia Hui ditemui selamat di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor pada pagi Selasa.
Albertine Leo Jia Hui ditemui selamat di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor pada pagi Selasa.
A
A
A

[KRONOLOGI]

Berikut adalah kronologi kehilangan Albertine Leo Jia Hui:

[20 Julai 2024] - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.

[21 Julai 2024] - Ibu kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya sehingga menjejaskan siasatan polis.

-Leo Qieo Xin, 37, yang berada di pusat beli-belah berkenaan sejak kejadian itu berlaku berkata, dia sangat khuatir akan keselamatan anaknya Albertine Leo Jia Hui yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

- Polis Johor memaklumkan giat mengesan mangsa dan meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk mencari Albertine Leo Jia Hui, 6.

[22 Julai 2024] - Seorang pemilik kafe di Johor Bahru menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

- Sebuah syarikat konsultan pula menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak perempuan hilang sejak 20 Julai lalu ke syarikat tersebut.

Sebuah syarikat konsultan menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak perempuan hilang sejak 20 Julai lalu ke syarikat tersebut sebelum ini.
Sebuah syarikat konsultan menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak perempuan hilang sejak 20 Julai lalu ke syarikat tersebut sebelum ini.

Syarikat berkenaan berkata, ia akan diberikan apabila kanak-kanak itu dibawa ke institusi mereka.

[23 Julai 2024] - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri.

- Tiga suspek yang disiasat bagi kes culik seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pada pagi Selasa.

-Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu dikawal ketat anggota polis serta bergari tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.

- Tiga suspek direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri pada Sabtu.

[23 Julai 2024] -Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, Albertine Leo Jia Hui ditemui selamat di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor pada pagi Selasa.

Beliau berkata, kanak-kanak itu berada bersama seorang lelaki di hotel tersebut telah diselamatkan sekitar jam 4.45 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!