Madad merancakkan aktiviti pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025

Dari kanan, Abdul Gafar, Mohamad Yaakub dan Mohd Firdaus ketika Grand Opening DuaSwarp di Bandar Amanjaya Sungai Petani pada Isnin.
Dari kanan, Abdul Gafar, Mohamad Yaakub dan Mohd Firdaus ketika Grand Opening DuaSwarp di Bandar Amanjaya Sungai Petani pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sektor pelancongan di daerah Kuala Muda akan terus dipergiat dalam usaha menarikan lebih ramai pengunjung ke negeri Jelapang Padi itu sekali gus sebagai persediaan kepada Tahun Melawat Kedah 2025.

Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (Madad), Mohammad Yaakub Yusra berkata, sebagai institusi yang bertapak di negeri itu, Madad tidak terkecuali mahu mengambil bahagian dalam usaha merancakkan aktiviti pelancongan di Kedah khususnya daerah Kuala Muda.

Menurutnya, beberapa perancangan telah disusun bagi merangka pertumbuhan ekonomi termasuk mengembalikan kegemilangan Kedah suatu ketika dahulu.

"Selain Madad dan Masjid Al-Busyra Merbok yang sering menjadi tumpuan pelancong seluruh negara, daerah Kuala Muda sendiri mempunyai pelbagai lokasi menarik seperti Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Sungai Batu yang merupakan pusat pentadbiran Kedah Tua dan Tamadun Awal Asia Tenggara.

"Semua ini kita satukan sebagai laluan pelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025," katanya ketika ditemui semasa Grand Opening DuaSwarp di Bandar Amanjaya dekat sini pada Isnin.

Hadir sama merasmikan majlis, Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdul Gafar Yahya dan Pengerusi Masjid Al-Busyra Merbok merangkap pemilik DuaSwarp, Mohd Firdaus Mat Akhir.

Mohd Firdaus (tengah) bersama kakitangan DuaSwarp, Bandar Amanjaya Sungai Petani Kedah.
Mohd Firdaus (tengah) bersama kakitangan DuaSwarp, Bandar Amanjaya Sungai Petani Kedah.

Mohamad Yaakub berkata, beliau sendiri akan menghidupkan kembali lokasi tumpuan di Jeti Semeling di mana sejarahnya merupakan laluan pedagang ketika aktiviti peleburan besi dipercayai wujud sekitar 500 tahun sebelum Masehi.

Artikel Berkaitan:

"Madad dan Masjid Al-Busyra akan bekerjasama mengambil peranan untuk merancakkan kembali aktiviti pelancongan di Sungai Merbok ini.

"Kita sedang naik taraf restoran di Jeti Semeling...nak buat dapur atas sungai, dijangka bulan hadapan akan diadakan pelancaran pembukaannya," katanya.

Pada masa sama, beliau turut bercadang agar laluan Jeti Semeling di Sungai Merbok dimanfaatkan untuk kegunaan pengangkutan air sebagai tarikan baharu di Kedah.

"Kita cadang nak buat laluan dari sini ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi...cukup potensi kerana penduduk di daerah ini mencecah 700,000 orang.

"Saya yakin agensi kerajaan pun akan beri kerjasama memandangkan ia mampu memberi pulangan ekonomi yang baik kepada penduduk setempat khususnya,"katanya.

Jelas Mohamad Yaakub, kertas kerja berhubung perkara itu sedang disiapkan sebelum dibentangkan.

Sementara itu, Abdul Gafar menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif pihak swasta dan institusi masjid yang mahu merancakkan pembangunan ekonomi dan pelancongan di Kedah.

"Saya mengalu-alukan pihak swasta dan institusi macam Madad dan Masjid Al-Busyra bukan hanya untuk bersama tetapi datang dengan proposal penuh seperti mana yang telah dirancang khususnya bagi merancakkan Tahun Melawat Kedah 2025,"jelasnya.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd Firdaus berkata, peranan sebagai imam dan pengerusi masjid tidak menghalang cita-citanya mengusahakan perniagaan makanan berikutan minat mendalam dalam bidang masakan.

DuaSwarp yang dimiliki Mohd Firdaus menawarkan menu utama nasi arab telah memulakan operasi sejak kira-kira lima bulan lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!