Rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari

Dua penjawat awam direman selama enam hari di Mahkamah Majistret pada Selasa. Foto Bernama
Dua penjawat awam direman selama enam hari di Mahkamah Majistret pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Dua penjawat awam direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM10,000.

Perintah reman sehingga Ahad depan itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri terhadap pegawai dan pembantu am sebuah agensi kerajaan negeri di Tanah Merah yang masing-masing berusia 33 dan 49 tahun.

Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM Kelantan menahan dua penjawat awam pada jam 4.30 petang selepas mengambil keterangan mereka di ibu pejabat SPRM negeri kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!