DBKL sita barangan 16 peniaga warga asing

DBKL mengambil 16 tindakan sita mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 - Foto: DBKL
DBKL mengambil 16 tindakan sita mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 - Foto: DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sita terhadap 16 premis perniagaan warga asing dalam operasi bersepadu di sekitar kawasan utara ibu negara dekat sini.

DBKL memaklumkan, operasi bersepadu tersebut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Seramai enam Ahli Dewan Negara yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat Parlimen Malaysia turut menyertai operasi bagi melihat lebih dekat kaedah dan perjalanan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi berkaitan.

Menurut PBT itu, DBKL mengambil 16 tindakan sita mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana kesalahan meletakkan barangan yang berkaitan dengan perniagaan di tempat awam.

JIM turut menahan seramai 15 orang warga asing iaitu 14 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar, manakala AADK menahan seramai sembilan orang. - Foto: DBKL
JIM turut menahan seramai 15 orang warga asing iaitu 14 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar, manakala AADK menahan seramai sembilan orang. - Foto: DBKL

"Sebanyak empat notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

DBKL turut memaklumkan dalam operasi itu, JIM menahan seramai 15 orang warga asing iaitu 14 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar manakala AADK menahan seramai sembilan orang.

"LHDN pula membuat pemeriksaan ke atas 21 premis perniagaan dan SSM turut mengeluarkan 13 notis kompaun atas pelbagai kesalahan yang dikuatkuasakan," kata kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak empat notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016
Sebanyak empat notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016

Semua barangan yang diambil tindakan pindah halangan oleh DBKL telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL berkata, pihaknya juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menyalurkan maklumat di http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!