Aedy Fadly dilantik sebagai KP JPJ baharu

Aedy Fadly dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ baharu berkuat kuasa pada Selasa.
Aedy Fadly dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ baharu berkuat kuasa pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Aedy Fadly Ramli dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baharu berkuat kuasa pada Selasa.

JPJ dalam kenyataan berkata, Aedy Fadly mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Bandar), Universiti Teknologi Berlin, Jerman.

"Beliau berpengalaman dalam perancangan strategik dasar, isu dan sistem berkaitan pengangkutan jalan serta perancangan operasi JPJ semasa jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia bermula tahun 2021.

"Aedy Fadly juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan di Kementerian Pengangkutan Malaysia selain Setiausaha Bahagian Perolehan dan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia serta pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan," katanya pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, berdasarkan kepada pengalaman dan kepimpinan, Aedy Fadly akan terus memacu kecemerlangan JPJ dalam menggalas amanah negara sebagai agensi utama yang mengawal selia hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini.

"Seluruh warga cemerlang JPJ mengucapkan syabas dan tahniah kepada Aedy Fadly atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JPJ baharu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!