KDN teliti laporan KL bandar raya berbahaya

Saifuddin Nasution Foto Bernama
Saifuddin Nasution Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan Forbes Advisor yang menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kelima paling berbahaya di Asia Tenggara untuk dilawati.

Ini kerana kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ia bertentangan dengan laporan Indeks Keamanan Global 2024 Jun lalu yang meletakkan Malaysia di tangga ke-10 sebagai negara paling aman di dunia.

"Saya tidak kata nafi (laporan Forbes Advisor) tetapi belum baca kayu ukur," katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN, di sini pada Selasa.

Laporan Forbes Advisor pada 19 Julai lalu menyenaraikan Kuala Lumpur pada kedudukan kelima selepas Yangon, Myanmar; Manila, Filipina; Jakarta, Indonesia dan Ho Chi Minh, Vietnam.

Ia dibuat berdasarkan perbandingan yang dilakukan oleh Forbes Advisor melibatkan insurans perjalanan untuk rakyat Amerika Syarikat, terdapat 60 buah negara yang terlibat dalam kajian tersebut.

Tegas Saifuddin, apa pun analisis yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi komitmen ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman awam.

Pada perkembangan lain, Saifuddin berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung aktiviti persundalan di ibu negara.

Katanya, pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Suhaily Mohd Zain telah diadakan dua hari lalu bagi membincangkan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Biar saya hadam dahulu dan terdapat beberapa perkara lagi yang saya minta mereka siapkan.

"Saya akan membuat kenyataan mengenai tajuk ini pada suatu masa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!