Anak yatim cemerlang STPM bangun 2 pagi buat ulang kaji

Jun Xuan tengah) yang memperoleh keputusan 4A STPM memeluk ibu (kiri) dan neneknya.
Jun Xuan tengah) yang memperoleh keputusan 4A STPM memeluk ibu (kiri) dan neneknya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Melihat kepayahan ibu menyara keluarga selepas ayah meninggal dunia lima tahun lalu, membuatkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini tekad untuk berjaya dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kua Jun Xuan, 20, yang berjaya mendapat keputusan 4A tidak dapat menahan sebak ketika menaiki pentas bersama ibunya, Julie Fam May Lin, 51.

Jun Xuan merupakan antara empat pelajar cemerlang sekolah itu yang berjaya mendapat keputusan 4A dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada Khamis.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia tinggal bersama nenek di Taman Suria di sini kerana ibunya bekerja di Singapura dalam sektor perbankan dan pulang setiap minggu ke Johor Bahru.

"Saya mengulang kaji pelajaran bermula jam 2 pagi setiap hari kerana keadaan ketika itu cukup tenang dan saya dapat fokus.

Pelajar cemerlang STPM di SMK Sultan Johor Bahru diraikan dalam majlis di sekolah berkenaan pada Selasa.
Pelajar cemerlang STPM di SMK Sultan Johor Bahru diraikan dalam majlis di sekolah berkenaan pada Selasa.

"Saya mahu menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM di Dewan SMK Sultan Ismail di sini, pada Selasa.

Hadir sama Pengetua SMK Sultan Ismail, Razali Tamadi dan Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti dan Swasta Kebangsaan, Datuk Yahya Jaafar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu ibunya, Julie berkata, Juan Xuan anak yang baik dan bertanggungjawab membantu keluarga terutama selepas ayahnya meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.

Menurutnya, anaknya itu turut membuat kerja sambilan dengan mengajar kelas tuisyen bagi subjek Fizik dan Matematik Tambahan.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Sohaib Hakimi Irfan Safdar, 20, berkata, kejayaan memperoleh 4A dalam STPM membolehkannya mengejar impian bergelar ahli ekonomi.

Sohaib Hakimi (kanan) mendapat keputusam 4A STPM.
Sohaib Hakimi (kanan) mendapat keputusam 4A STPM.

"Bagi saya fokus di dalam kelas dan sering bertanya dengan guru cukup penting untuk memahami setiap subjek. Saya juga memperuntukkan masa selama sejam setiap hari untuk ulang kaji.

"Kejayaan ini saya tujukan kepada ayah yang bekerja sebagai juruteknik komputer di Johor Bahru dan ibu yang merupakan suri rumah. Saya harap kejayaan ini juga dapat menjadi dorongan kepada empat lagi adik untuk berjaya dalam pelajaran," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad ketika mengumumkan keputusan STPM 2023 memaklumkan seramai 171 atau 4.32 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di negeri ini memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pelajar cemerlang STPM di SMK Sultan Johor Bahru diraikan dalam majlis di sekolah berkenaan pada Selasa.
Pelajar cemerlang STPM di SMK Sultan Johor Bahru diraikan dalam majlis di sekolah berkenaan pada Selasa.

Katanya, secara keseluruhan, PNGK STPM 2023 yang dicapai negeri ini adalah 2.98, mengatasi PNGK STPM 2023 peringkat kebangsaan iaitu 2.84.

"Bilangan calon yang mendapat keputusan 5A dalam kelima-lima mata pelajaran diambil adalah seramai 10 calon, meningkat sebanyak 50 peratus berbanding pencapaian tahun lalu.

"Manakala, seramai 152 calon berjaya mendapat keputusan 4A dalam empat mata pelajaran yang diambil, bertambah seorang berbanding tahun lalu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!