Kerajaan disaran perluas sekatan kepada warga China

Hantaran Asyraf Wajdi mengenai cadangan kepada kerajaan supaya memperluaskan penggantungan visa dan Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival) untuk seluruh warga China sebagai langkah berjaga-jaga penularan koronavirus Wuhan.

A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sewajarnya memperluaskan penggantungan visa dan Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival) untuk seluruh warga China sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan koronavirus.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan perlu berbuat demikian selari dengan pendedahan Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang yang mengaku bahawa lima juta penduduk di Wuhan berjaya keluar dari bandar itu sebelum kerajaan China mengenakan sekatan ke atas mereka.

“Atas desakan rakyat akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) umumkan penggantungan pengecualian visa dan Visa on Arrival untuk warga China dari Wuhan dan wilayah Hubei sahaja.

“Kenapa tidak kepada seluruh warga China?” soal Asyraf Wajdi di Facebooknya semalam.

Beliau juga merayu kerajaan memberi perhatian terhadap kebimbangan dan keresahan rakyat di negara ini berhubung situasi itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!