Angka korban akibat tanah runtuh di Ethiopia meningkat kepada 146 orang

Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh di selatan Ethiopia pada Isnin meningkat kepada 146 orang.
Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh di selatan Ethiopia pada Isnin meningkat kepada 146 orang.
A
A
A

ADDIS ABABA - Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh di selatan Ethiopia pada Isnin meningkat kepada 146 orang, kata pegawai kerajaan tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku pada jam 10 pagi waktu tempatan (0700 GMT) di daerah Geze Gofa.

Jabatan Hal Ehwal Komunikasi Kerajaan Zon Gofa dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa yang terkorban termasuk 96 lelaki dan 50 wanita.

Pegawai tempatan berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana operasi menyelamat masih diteruskan.

Ethiopia kini dilanda musim hujan yang bermula pada Julai dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!