Solat tahajud kunci OKU buta cemerlang STPM

Fadhlina (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan Kategori Calon Berkeperluan Khas (Buta) kepada Mohd Rafiuddin (tiga dari kiri) pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2023 dan majlis Anugerah Pelajar Terbaik peringkat Kebangsaan STPM Dan MUET Tahun 2023 yang diadakan di Majlis Peperiksaan Malaysia pada Selasa.
Fadhlina (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan Kategori Calon Berkeperluan Khas (Buta) kepada Mohd Rafiuddin (tiga dari kiri) pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2023 dan majlis Anugerah Pelajar Terbaik peringkat Kebangsaan STPM Dan MUET Tahun 2023 yang diadakan di Majlis Peperiksaan Malaysia pada Selasa.
A
A
A

SELAYANG - Bangun selewat-lewatnya jam 5.30 pagi dan menunaikan solat sunat tahajud setiap hari antara kunci kejayaan pelajar Tingkatan Enam Institusi St John, Kuala Lumpur mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.

Usaha tersebut membolehkan pelajar, Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham, 20, yang juga merupakan Orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2023 Kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK) pada Selasa.

Ujar Muhamad Rafiuddin yang bercita-cita menjadi pensyarah itu, dia juga sering mengadakan perbincangan bersama guru-guru sekiranya ada soalan yang tidak faham.

"Saya akan bangun selewat-lewatnya pada 5.30 pagi dan saya akan sempatkan juga buat solat sunat tahajud dua rakaat, itu wajib setiap hari.

"Selain itu, kalau ada tip-tip daripada guru, itu saya akan ambil perhatian dan selalu buat sesi perbincangan dengan guru jika saya tidak puas hati dengan soalan-soalan tertentu.

"Sebab di Tingkatan Enam, kita pun kena suarakan pendapat kita, bila buat begitu kita akan lebih faham dengan tajuk itu," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan Malaysian University English Test (MUET) Tahun 2023 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Batu Caves pada Selasa.

Hadir sama adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Menurut Muhamad Rafiuddin yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, dia mula hilang penglihatannya sejak berumur tiga tahun akibat kanser limfoma.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ujarnya, penglihatannya mula pulih selepas menjalani beberapa rawatan termasuk latihan kemoterapi.

"Dalam setahun setengah saya buat rawatan (kemoterapi), dan sekaran saya sudah okay.

"Sekarang saya sudah tidak buat, tetapi masih ada perjumpaan (dengan doktor)," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!