Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berucap merasmikan Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan ProPain, pada Selasa. Foto Bernama
Ahmad Zahid merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berucap merasmikan Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan ProPain, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga secara peribadi tidak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti tersebut.

"Mereka tidak berjumpa dengan saya. Jika ada pun, mungkin itu pendekatan yang dibuat secara peribadi dan bukan secara rasmi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan di Seksyen 13 di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, terdapat dakwaan mengenai beberapa siri pertemuan antara Pas bersama UMNO, bagi membincangkan kerjasama berkenaan.

Beliau mendakwa pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!