3 maut, 7 cedera dalam runtuhan papan iklan di China

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUNMING - Tiga orang terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila papan iklan kedai di tepi jalan tumbang pada Isnin malam di Kunming, ibu kota wilayah Yunnan di barat daya China, kata pihak berkuasa pengurusan kecemasan tempatan pada Selasa.

Menurut biro pengurusan kecemasan daerah, seramai 10 orang cedera dalam insiden jam 9.58 malam itu yang berlaku di Jalan Jinjiang, daerah Panlong.

Daripada mereka yang cedera, tiga orang meninggal dunia manakala baki tujuh individu sedang menerima rawatan di hospital.

Laporan cuaca menunjukkan daerah itu mengalami hujan pada Isnin, tetapi tiada angin kencang.

Jabatan berkaitan telah membentuk pasukan penyiasat bersama untuk menentukan punca kejadian dan individu yang disyaki bertanggungjawab kini berada dalam tahanan polis. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!