‘Minta maaf sahaja, selesai’ - Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Isu membabitkan derma syarikat minuman keras kepada sekolah sepatutnya dapat diselesaikan dengan permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bagaimanapun dilihat berpanjangan dan melibatkan pihak yang tidak sepatutnya.

“Saya rasa yang paling baik ialah timbalan menteri nyatakan bahawa ‘saya minta maaf, saya tak perasan ada promosi dari syarikat arak dalam majlis itu’, selesai. Ni dah melalut sampai isu tangan makan babi.

“Orang persoalkan garis panduan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), menteri pun dah keluarkan kenyataan tiada pengecualian. Untuk makluman, tiada masalah bersalam dengan tangan makan babi, tiada hukum yang kata tak boleh.

“Bersalamlah asalkan bukan berlainan jantina, yang bukan mahram. Tangan makan rasuah, tangan tipu dan langgar janji dengan rakyat lebih hina daripada tangan makan babi,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Aiman yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Selasa, dilaporkan membidas dan menyifatkan Pas sebagai hipokrit kerana mengkritiknya menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat minuman keras.

Jelasnya, pemimpin Pas sebelum ini tidak mempunyai masalah bersalam dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi termasuk semasa kempen.

Baru-baru ini, Aiman bersama Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ng Suee Lim hadir bagi merasmikan majlis kutipan dana anjuran sebuah sekolah di Sungai Pelek, Sepang.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kehadirannya mencetuskan kontroversi apabila sebuah syarikat minuman keras menjadi salah satu penajanya.

Aiman kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya sebagai tetamu dan tidak diberitahu oleh penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Beliau turut membuat permohonan maaf secara terbuka pada Ahad lepas kepada pihak yang tersinggung dengan tindakannya.

@sinarharianonline

‘Minta maaf sahaja, selesai’ - Fadhli Shaari #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #MinumanKeras #FadhliShaari #Pas #Maaf

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!