Pelajar harap dapat pulang segera, habiskan pengajian di Bangladesh

Muhammad Aliff Haziq
Muhammad Aliff Haziq
A
A
A

SEPANG - Pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Bangladesh berharap ketegangan yang berlaku di negara itu segera reda supaya mereka dapat menghabiskan pengajian.

Pelajar tahun akhir di Kolej Perubatan Mymensingh, Muhammad Aliff Haziq Abdul Shukor, 25, berkata, pengajiannya hanya berbaki sebulan, namun terpaksa ditangguhkan ekoran rusuhan yang berlaku.

"Saya sepatutnya tamat (pengajian) bulan depan, tetapi perlu menunggu arahan seterusnya daripada Wisma Putra untuk dibenarkan balik (ke Bangladesh).

"Kalau keadaan semakin baik, saya akan pulang ke sana untuk menghabiskan baki pengajian dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) di sini pada Selasa.

Saifuddin Nasution menyambut ketibaan warga Malaysia dari Bangladesh yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 pada Selasa. Foto Bernama
Saifuddin Nasution menyambut ketibaan warga Malaysia dari Bangladesh yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 pada Selasa. Foto Bernama

Seramai 123 rakyat Malaysia selamat tiba pada jam 4.56 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh.

Ketibaan mereka disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Dalam pada itu Muhammad Aliff Haziq turut berkongsi pengalamannya ketika rusuhan memuncak, terutama di ibu negara Bangladesh.

Artikel Berkaitan:

"Pada awalnya memang protes damai, namun semakin tegang dan teruk. Memang tak jangka (rusuhan berlaku), kami selalu berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi (Malaysia di Bangladesh).

"Setelah dapat tahu protes makan teruk, kami diarahkan supaya kekal berada dalam rumah sebelum ada perintah berkurung," jelasnya.

Sementara itu Fatihah Fadhli, 25, berkata, beberapa kemusnahan dapat disaksikan sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, antaranya kereta serta premis yang terbakar.

Fatihah
Fatihah

“Kolej kami berada agak jauh di kawasan perkampungan dan bukan di Dhaka, keadaan agak terkawal di sana.

"Namun rusuhan turut berlaku di sekitar kolej dan pada hari kedua, semakin ramai yang sertai perhimpunan terutamanya pelajar Bangladesh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!