78 hasil karya Michael Jackson bakal dilelong
LOS ANGELES - Peminat dan pengumpul memorabilia Michael Jackson akan berpeluang memiliki hasil lukisan Raja Pop itu dalam satu lelongan yang bakal berlangsung pada Ogos depan.
Majalah The Hollywood Reporter melaporkan firma lelongan King's Auctions memaklumkan pihaknya akan melelong sejumlah 78 hasil karya Michael Jackson dengan setiap satu ditandatangani oleh penyanyi itu sendiri.
Tambahnya, sesi lelongan tersebut akan diadakan pada 3 Ogos di Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009 pada usia 50 tahun akibat terlebih dos ubat tidur.
Mendiang dikatakan meminati seni lukisan sejak kecil lagi dan sering melukis sebagai hobi untuk mengisi waktu lapang. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!