Keprihatinan majikan bawa tuah menang Perodua Ativa

Farah Wahida (empat dari kiri) bersama Nor Azman (empat dari kanan) pada majlis penyerahan hadiah utama Kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win.
Farah Wahida (empat dari kiri) bersama Nor Azman (empat dari kanan) pada majlis penyerahan hadiah utama Kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win.
A
A
A

SHAH ALAM - Keprihatinan majikannya yang melanggan pelan Kaotim MediKad untuk semua kakitangan syarikat, membawa tuah kepada Farah Wahida Iberahim setelah memenangi kereta Perodua Ativa yang merupakan hadiah utama Kempen U Kaotim U Win anjuran Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, beliau berbesar hati dengan sambutan yang memberangsangkan sepanjang kempen berlangsung dengan jumlah penyertaan di luar jangkaan.

Menurutnya, kempen tersebut merupakan satu inisiatif pemasaran bersempena dengan pelancaran pelan Kaotim MediKad di bawah jenama platform digital Takaful Malaysia iaitu Kaotim yang telah dilancarkan pada November tahun lepas.

"Sekalung tahniah kepada Puan Farah Wahida yang telah menjadi pemenang bertuah hadiah utama kempen ini.

"Saya tertarik untuk berkongsi kisah menarik di sebalik kemenangan ini, kerana sangat terharu dengan keprihatinan majikannya yang melanggan pelan Kaotim MediKad untuk semua kakitangannya, termasuk Puan Farah Wahida, sehingga melayakkan beliau menyertai kempen ini, sekali gus bertuah kerana telah terpilih menjadi pemenang hadiah utama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, majlis penyerahan hadiah utama berlangsung di Takaful Malaysia cawangan Alor Setar.

Kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win yang telah berlangsung pada 26 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024, memberikan pelbagai ganjaran menarik kepada 141 pemenang bertuah, termasuk wang tunai bernilai sehingga RM20,000, wafer emas, barangan elektrik serta hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Ativa.

Nor Azman menjelaskan, Pelan Kaotim MediKad yang ditawarkan melalui platform digital Kaotim merupakan inisiatif Takaful Malaysia untuk membantu mengurangkan kos perubatan rakyat Malaysia dengan menawarkan pelan perlindungan perubatan mampu milik untuk pelbagai peringkat umur dari serendah RM38 sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win dan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana setia bersama Takaful Malaysia dan melanggan pelan yang ditawarkan di bawah jenama Kaotim,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!