Penunggang motosikal maut dirempuh bas

Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dirempuh sebuah bas dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang pada Selasa.
Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dirempuh sebuah bas dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dirempuh sebuah bas dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dianggarkan berusia lingkungan 40-an maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah jalan Kampung Sungai Lakit menghala ke jalan utama Gua Musang-Kuala Krai.

"Setiba di lokasi, penunggang motosikal terbabit yang keluar dari simpang telah dirempuh oleh sebuah bas.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-9121222 atau 013-3010408.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!