Polis terus gempur setinggan, 51 lagi rumah diroboh

Operasi selama hampir dua jam ini telah merobohkan sebanyak 51 rumah setinggan yang dibina di kawasan berhampiran Sabah Trade Centre, di Likas.
Operasi selama hampir dua jam ini telah merobohkan sebanyak 51 rumah setinggan yang dibina di kawasan berhampiran Sabah Trade Centre, di Likas.
A
A
A

KOTA KINABALU - Usaha menggempur kawasan setinggan di sekitar Kota Kinabalu diteruskan apabila sebanyak 51 lagi rumah telah dirobohkan dalam Op Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Bersepadu Mega di Likas, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi yang bermula jam 3.30 petang itu turut menahan enam warga Filipina berusia antara 25 hingga 50 tahun selepas didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis merobohkan rumah yang dibina PATI.
Polis merobohkan rumah yang dibina PATI.

"Operasi selama hampir dua jam itu telah merobohkan sebanyak 51 rumah setinggan yang dibina di kawasan berhampiran Sabah Trade Centre, di Likas.

"Hasil pemeriksaan juga, pihak kita berjaya menahan enam PATI terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita dewasa.

"Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 51(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Antara rumah setinggan yang dirobohkan di kawasan Likas oleh pihak polis dalam Op PATI Bersepadu Mega.
Antara rumah setinggan yang dirobohkan di kawasan Likas oleh pihak polis dalam Op PATI Bersepadu Mega.

Katanya lagi, operasi itu dilakukan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini akan dilakukan secara berterusan bagi membanteras jenayah, kehadiran PATI, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kawasan setinggan di daerah ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!