Cubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan

Kimberly Cheatle
Kimberly Cheatle
A
A
A

WASHINGTON - Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.

Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS, pada Isnin mengenai kegagalan agensi berkenaan untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai di Butler, Pennsylvania. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!