Peringatan, iktibar kepada 'kaki buli'

Bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman iaitu Zulkarnain Idros (kanan) dan isterinya, Hawa Osman menunjukkan gambar anak mereka ketika ditemui di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman iaitu Zulkarnain Idros (kanan) dan isterinya, Hawa Osman menunjukkan gambar anak mereka ketika ditemui di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Berita mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh, tujuh tahun lalu mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Keputusan yang dibuat panel tiga hakim itu dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Rata-rata pengguna media sosial seakan lega dan 'meraikan' keputusan itu sambil menyifatkannya sebagai hukuman setimpal kepada pesalah.

Manakan tidak, mangsa iaitu Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain diperlakukan tanpa belas kasihan apabila badannya ditekap menggunakan seterika wap sebanyak 90 kali pada kaki, bahagian belakang dan depan badan.

Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang harus dirasai sebelum pemuda itu menemui ajal.

Namun lebih penting kejadian seperti ini harus diambil iktibar dan pengajaran kepada semua ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak supaya jangan sesekali menjadi pembuli.

Kes ini akan menjadi amaran keras buat semua 'kaki buli' mengenai akibat dan kesan apabila dengan sengaja mencederakan orang lain.

Artikel Berkaitan:

Diharapkan tiada lagi kejadian seperti ini berlaku di sekolah atau institusi pengajian tinggi kerana ia sepatutnya menjadi tempat melahirkan individu yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!