Biden akan sampaikan ucapan kepada negara pada Rabu selepas tarik diri pilihan raya presiden
"Malam esok pada pukul 8 malam ET, saya akan berucap kepada negara dari Pejabat Oval mengenai apa yang akan datang dan bagaimana saya akan menyelesaikan tugas untuk rakyat Amerika," lapor Agensi Anadolu yang memetik tulisan Biden di platform X.
Biden mengumumkan keputusannya pada Ahad untuk tidak bertanding semula pada 5 Nov dan menawarkan "sokongan penuh dan endorsemen" kepada Naib Presiden Kamala Harris untuk menjadi calon Parti Demokrat.
Lebih 2,200 perwakilan dari lebih 30 negeri telah menyokong Harris, menurut laporan.
Keputusan Biden untuk menyokong Harris tidak mengikat, kerana delegasi bebas untuk mengundi calon pilihan mereka.
Konvensyen Kebangsaan Demokrat akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!