Biden pulih daripada gejala Covid-19, ujian negatif
Joe Biden - Foto: AFP
A
A
A
"Sepanjang jangkitan beliau, beliau tidak pernah mengalami demam dan tanda-tanda vitalnya kekal normal, termasuk oksimetri nadi.
"Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif. Beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang. Presiden akan terus menjalankan semua tugasnya," kata Kevin O'Connor dalam kenyataan yang diedarkan oleh Rumah Putih.
Rumah Putih mengumumkan pada Rabu lepas bahawa Biden disahkan positif ketika berkempen di Las Vegas, Nevada.
Biden dijadual kembali ke Rumah Putih lewat Selasa. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!