Takaful Malaysia lancar Kaotim Legasi

No Image Caption
A
A
A

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia), telah melancarkan Kaotim Legasi, pelan hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, Kaotim Legasi merupakan pelan hibah takaful yang ditawarkan melalui platform digital Kaotim serendah RM30 sebulan.

Menurutnya, pelan hibah takaful itu boleh dilanggan melalui dalam talian untuk memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak dijangka serta kesulitan kewangan.

“Kaotim Legasi merupakan pelan hibah takaful bertujuan membantu masyarakat merancang keperluan perlindungan kewangan mereka dan kelangsungan hidup ahli keluarga sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan produk ini.

“Kami gembira dengan sambutan positif yang diterima sejak pelancaran jenama dan platform digital Kaotim serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu. Kejayaan ini mendorong kami untuk melancarkan Kaotim Legasi sebagai produk terbaharu di bawah jenama Kaotim,” katanya menerusi satu kenyataan.

No Image Caption



Nor Azman berkata, pelan hibah takaful itu dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian seperti masalah kewangan yang dihadapi oleh waris si mati sama ada untuk meneruskan kehidupan, mahupun melunaskan hutang si mati dengan menggunakan pampasan yang diperolehi.

Beliau berkata, orang ramai boleh melanggan Kaotim Legasi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja sama ada waris atau bukan waris kerana pelan itu tidak tertakluk pada pembahagian harta.

Artikel Berkaitan:

“Ia berfungsi sebagai pengganti pendapatan jika anda tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya atau penyakit kritikal.

“Manfaat pelan hibah takaful ini juga boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan anak-anak sekiranya hilang sumber pendapatan utama. Anda juga boleh menuntut pelepasan cukai jika melanggan Kaotim Legasi,” kata Nor Azman.

Tambah Nor Azman, Kaotim Legasi berbeza daripada produk lain kerana pelan tersebut menawarkan nilai perlindungan hayat yang tinggi melalui platform dalam talian serta pilihan perlindungan tambahan untuk 48 penyakit kritikal.

“Kami yakin Kaotim Legasi akan menjadi penanda aras dan memberikan perlindungan yang diperlukan oleh para pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk membina legasi penyelesaian perlindungan agar kami terus kekal kompetitif dan dinamik dalam industri insurans dan takaful. Ia sekali gus memperkukuhkan jenama Kaotim melalui rangkaian pelan perlindungan dalam talian yang menyeluruh dan mampu milik,” kata Nor Azman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!