Alexander-Arnold label Messi lawan paling sukar

Alexander-Arnold - Foto: Agensi
Alexander-Arnold - Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah menamakan Lionel Messi sebagai lawan paling sukar yang pernah dihadapi dalam kariernya.

Sepanjang lapan musim di Liverpool, Alexander-Arnold telah bermain menentang beberapa pemain bintang dalam bola sepak dunia.

Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Eden Hazard hanyalah sebahagian daripada mereka selain Kevin De Bruyne dan Robert Lewandowski.

Tetapi, apabila diminta memilih pemain terbaik yang pernah dihadapinya, dia pantas menamakan pemenang Ballon d'Or lapan kali, Messi.

Alexander-Arnold hanya berdepan dengan ikon Argentina itu sekali iaitu dalam separuh akhir Liga Juara-Juara di Anfield yang menyaksikan Liverpool melakar kebangkitan menakjubkan.

“Ia seharusnya Messi bagi saya, pemain terbaik yang pernah saya hadapi," katanya.

Dia kemudian ditanya sama ada Messi lebih baik daripada legenda Diego Maradona, dan menjawab: "Saya tidak pernah menonton Maradona jadi saya tidak tahu... untuk membayangkan sesiapa yang lebih baik daripada apa yang saya dapat lihat.

“Hanya ada perasaan berbeza bermain menentangnya berbanding yang pernah saya rasai dengan orang lain.

Artikel Berkaitan:

"Anda sentiasa berjaga-jaga apabila bola berada di dekatnya, saya fikir sangat jarang pemain mempunyai perasaan seperti itu.

"Bagi saya, banyak aspek permainan dia mungkin yang terbaik pada bila-bila masa. Dia hampir boleh melakukan apa yang dia mahu di padang bola sepak, jadi ya, atas sebab itu dia yang terbaik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!