Tune Protect saran pelanggan semak semula polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan

Sebagai rakan kongsi insurans eksklusif AirAsia, Tune Protect memberikan komitmen untuk membantu penumpang mereka pada masa-masa memerlukan. Foto hiasan
Sebagai rakan kongsi insurans eksklusif AirAsia, Tune Protect memberikan komitmen untuk membantu penumpang mereka pada masa-masa memerlukan. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tune Protect Group Berhad (Tune Protect) menyarankan pelanggan yang membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia Move untuk menyemak semula polisi perlindungan dan mengemukakan tuntutan kelewatan penerbangan.

Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.

“Sebagai rakan kongsi insurans eksklusif AirAsia, Tune Protect memberikan komitmen untuk membantu penumpang mereka pada masa-masa memerlukan.

“Memahami kesulitan dan kekecewaan yang timbul akibat gangguan ini, kami ingin memastikan penumpang AirAsia yang membeli insurans tersebut menerima bantuan yang diperlukan dalam tempoh mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 19 Julai lalu, perjalanan penumpang AirAsia terjejas dipercayai sistem pengesahan daftar masuk syarikat penerbangan kos rendah tersebut mengalami gangguan teknikal.

Bagaimanapun, media melaporkan Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan lapangan terbang Australia.

AirAsia dalam kenyataan di X memaklumkan sistem asas tempahan dan daftar masuk terjejas kerana isu IT global yang mempengaruhi syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Menurutnya, penumpang mungkin mengalami proses daftar masuk dan barisan yang lebih lambat atau panjang, jadi pihak syarikat sedang berusaha untuk menangani situasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!