IOI Properties beli Tropicana Gardens Mall

IOI City Mall merupakan pusat beli belah terbesar di Malaysia.
IOI City Mall merupakan pusat beli belah terbesar di Malaysia.
A
A
A

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan membeli pusat beli belah Tropicana Gardens Mall dengan harga RM680 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Lee Yeow Seng berkata, bangunan setinggi tujuh tingkat yang terletak di Tropicana Indah, Petaling Jaya itu mempunyai jumlah keluasan lantai kasar sebanyak 2.95 juta kaki persegi.

Selain itu katanya, kawasan boleh disewa bersih (NLA) pula sebanyak 1.05 juta kaki persegi dengan kadar penghunian kira-kira 77 peratus.

Lee Yeow Seng
Lee Yeow Seng

"Pusat beli-belah ini dihubungkan terus ke stesen MRT Surian dan boleh diakses melalui empat lebuh raya utama.

"Ia terletak dalam kawasan beberapa bandar matang seperti Kota Damansara, Sunway Damansara dan Mutiara Damansara, serta pembangunan Kwasa Damansara yang akan datang.

"Selain daripada lokasinya yang strategik dan nilai-nilai yang menarik, Tropicana Gardens Mall telah beroperasi selama empat tahun sejak dibuka pada Mac 2020," katanya dalam dalam kenyataan.

Tambahnya, IOIPG juga percaya pemerolehan berkenaan juga akan memberikan pendapatan berulang yang kukuh kepada kumpulannya kerana mengikuti model IOI Malls serta menyediakan pengalaman gaya hidup meriah dengan pelbagai tawaran dinamik.

Artikel Berkaitan:

"Pemerolehan Tropicana Gardens Mall ini akan mengembangkan operasi pusat beli-belah IOIPG dalam kawasan Lembah Klang.

"Sekali gus melengkapkan dua pusat beli-belah sedia ada di kawasan berkenaan iaitu IOI Mall Puchong dan IOI City Mall, Putrajaya, yang kini adalah pusat beli-belah terbesar di negara ini dengan NLA sebanyak 2.5 juta kaki persegi," katanya.

IOI City Mall merupakan pusat beli belah terbesar di Malaysia.
IOI City Mall merupakan pusat beli belah terbesar di Malaysia.

Menurutnya, dua pusat beli-belah lain yang tersenarai dalam segmen Pelaburan Hartanahnya ialah IOI Mall Kulai dengan NLA sebanyak 264,000 kaki persegi dan IOI Mall Xiamen, China dengan NLA sebanyak 639,000 kaki persegi.

IOPG sebelum ini turut mengumumkan kejayaannya dalam melaksanakan dua pemerolehan utama, iaitu Hotel W Kuala Lumpur dengan 150 bilik pada harga RM270 juta dan Courtyard by Marriott Penang dengan 199 bilik pada harga RM165 juta.

Jelas Yeow Seng, aset-aset ini akan membolehkan kumpulan itu mempunyai kehadiran segera di lokasi-lokasi yang berada di luar operasi sedia ada kumpulan.

Tegasnya, kedua-dua hotel ini akan menambah 349 kunci bilik kepada 2,355 bilik sedia ada termasuk JW Marriott Hotel Singapore yang dikendalikan secara usaha sama, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,704 kunci bilik bagi kesemua lapan hotel di bawah segmen Hospitaliti & Rekreasi Kumpulan

"Aset-aset ini akan memberikan pendapatan tambahan yang meningkatkan prestasi kewangannya pada masa hadapan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!