Hospital Pantai Ayer Keroh miliki sistem pembedahan robotik pertama di Melaka

Yew Aik (tujuh dari kanan) bersama rakan kongsi, perunding dan petugas ketika Jamuan Durian Hospital Pantai Ayer Keroh pada 13 Julai lalu.
Yew Aik (tujuh dari kanan) bersama rakan kongsi, perunding dan petugas ketika Jamuan Durian Hospital Pantai Ayer Keroh pada 13 Julai lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hospital Pantai Ayer Keroh menjadi hospital pertama di Melaka yang memperkenalkan sistem pembedahan bantuan robotik canggih iaitu Da Vinci Xi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Yew Aik berkata, sistem bantuan robot berkenaan menandakan kemajuan ketara dalam teknologi pembedahan.

“Ini kerana ia meningkatkan ketepatan hirisan (pembedahan) lebih kecil, mengurangkan risiko kehilangan darah, kesakitan dan tempoh pemulihan yang lebih cepat.

“Sistem canggih ini menyokong pelbagai kepakaran perubatan, termasuk urologi, ginekologi, pembedahan am, kolorektal dan hepatobiliari,” katanya ketika acara Jamuan Durian Hospital Pantai Ayer Keroh baru-baru ini.

Dalam pada itu, Yew Aik memaklumkan, sebagai tambahan kepada kemajuan teknologi, hospital itu telah memperluaskan kemudahan tempat letak keretanya.

No Image Caption

Menurutnya, untuk meningkatkan pengalaman pesakit dan pelawat, kami menambah dua aras baharu di tempat letak kereta bertingkat dengan menyediakan tambahan 316 tempat letak kereta.

“Kami komited bukan sahaja kepada komuniti tetapi juga persekitaran. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanan, kami memasang panel solar di atas bumbung tempat letak kereta bertingkat kami untuk menjimatkan tenaga.

Artikel Berkaitan:

“Tenaga yang dijana boleh menjana sehingga 750 isi rumah (fasa tunggal) dengan satu penghawa dingin,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal perubatan dan rakan kongsi yang berdedikasi.

Jelasnya, Hospital Pantai Ayer Keroh akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memberikan penjagaan yang lebih baik kepada komuniti dan persekitaran

Yew Aik (empat dari kanan) bersama-sama perunding Hospital Pantai Ayer Keroh di jamuan durian pada 13 Julai lalu.
Yew Aik (empat dari kanan) bersama-sama perunding Hospital Pantai Ayer Keroh di jamuan durian pada 13 Julai lalu.

Mengulas mengenai Jamuan Durian Hospital Pantai Ayer Keroh, Yew Aik berkata, ia diadakan bagi meraikan rakan kongsi dan perunding yang berdedikasi dan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan diberikan.

“Jamuan Durian hanyalah satu cara untuk menzahirkan penghargaan kepada rakan kongsi yang kami hargai termasuk ejen insurans, pengamal am, rakan kongsi antarabangsa dan korporat, pihak media dan perunding.

“Dengan sokongan berterusan anda, Hospital Pantai Ayer Keroh telah mencapai pencapaian membanggakan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!