Penjawat awam disyaki kemuka maklumat palsu, direman tujuh hari

Suspek diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi permohonan reman.
Suspek diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi permohonan reman.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penjawat awam direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan borang permohonan bantuan yang mengandungi maklumat palsu kepada jabatan tempatnya bertugas.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Rabu.

Reman terhadap suspek bermula 24 Julai hingga 11 Jun hingga 30 Julai.

Menurut sumber, suspek disyaki telah mengemukakan borang permohonan bantuan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM40,000 kepada jabatan tempatnya bertugas.

Suspek telah ditahan kira-kira jam 7.15 petang pada Selasa ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!