Warga emas hilang 2 hari ditemui lemah, kelaparan

Warga emas yang hilang sejak Ahad lalu terpaksa dipapah selepas ditemui dalam keadaan lemah di kawasan kebun kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Tambiliodn, Pitas.
Warga emas yang hilang sejak Ahad lalu terpaksa dipapah selepas ditemui dalam keadaan lemah di kawasan kebun kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Tambiliodn, Pitas.
A
A
A

KOTA MARUDU - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui selamat, namun berada dalam keadaan lemah di kawasan kebun kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Tambiliodn, Pitas pada Selasa.

Adau Tangas, 83, ditemui kira-kira jam 5.40 petang oleh penduduk kampung selepas dia keluar bersendirian dari kawasan kebun terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada Isnin lalu.

Menurutnya, seramai empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 45 kilometer dari BBP Kota Marudu untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Operasi semalam memasuki hari kedua dan pencarian dimulakan pada jam 9.30 pagi melibatkan tiga sektor di mana masing-masing dengan keluasan empat hektar.

Operasi pencarian mangsa dilakukan melibatkan tiga sektor di kawasan kebun.
Operasi pencarian mangsa dilakukan melibatkan tiga sektor di kawasan kebun.

"Ketika operasi dijalankan, mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu dikatakan keluar ke kebun pada pagi Ahad namun disedari tidak pulang ke rumah sehingga operasi dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan lemah dan kelaparan tetapi masih boleh bercakap.

"Mangsa terpaksa dipapah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!