Celine Dion, Lady Gaga hiasi acara pembukaan Olimpik Paris 2024?

Spekulasi Celion Dion (kiri) dan Lady Gaga (kanan) bakal terlibat dalam persembahan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dikuatkan lagi apabila dua ikon pop dunia itu dikatakan sudah tiba di Paris. Foto Agensi
Spekulasi Celion Dion (kiri) dan Lady Gaga (kanan) bakal terlibat dalam persembahan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dikuatkan lagi apabila dua ikon pop dunia itu dikatakan sudah tiba di Paris. Foto Agensi
A
A
A
BAHANG debaran temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kian terasa dengan upacara pembukaan bakal menjadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.

Namun gimik apakah yang bakal ditampilkan Paris selaku hos kali ini? Atau siapakah bintang sensasi dunia yang bakal menghiasi kemeriahan upacara pembukaan Jumaat ini.

Menurut laporan NBC News, dikhabarkan Celion Dion dan Lady Gaga sudah tiba di Paris dan ini menguatkan spekulasi bahawa dua ikon pop dunia ini bakal terlibat dalam persembahan upacara pembukaan yang akan diadakan di Sungai Seine.

Sementara itu, desas-desus Lady Gaga bakal terlibat dalam upacara pembukaan bertebaran di laman X selepas fanatik tegar 'The Fame Monster' ini terlihat props yang menyamai konsep dipertaruhkan bintang kesayangan mereka itu.

Selain Lady Gaga, nama Dua Lipa dan Ariana Grande turut berada dalam radar selebriti pilihan yang bakal membuat persembahan epik di pentas Olimpik.
Artikel Berkaitan:


Apa-apa pun kita nantikan aksi pembukaan gilang gemilang ini dengan saluran Astro Arena 801HD akan bawakan liputan terperinci upacara pembukaan bermula jam 1.00 pagi Sabtu. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!