Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun
Ohara, atau nama sebenarnya adalah Noriko Tobe telah menerima rawatan untuk satu penyakit, menurut laporan Jiji Press memetik agensinya.
Ohara yang berasal dari Tokyo meminjamkan suaranya bagi watak Nobita, seorang budak lelaki malas tetapi optimis yang dijaga oleh seekor kucing robotik dari masa depan, Doraemon, selama 26 tahun bermula pada 1979.
Peranan ini memberi pengiktirafan kepadanya merentasi pelbagai generasi.
Ohara turut meminjamkan suara emasnya untuk pelbagai watak dalam anime lain termasuk budak lelaki lincah seperti Peter, pengembala kambing dalam "Heidi: Girl of the Alps,” dan Conan dalam "Future Boy Conan,” termasuk watak wanita menggoda seperti Doronjo, penjahat dalam "Yatterman,” dan Oyuki dalam "Urusei Yatsura.”
Selain itu, Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis, Catherine Deneuve dalam pelbagai filem.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!