JAINJ pantau lima ajaran sesat di Johor

Onn Hafiz (tengah) dan Mohd Fared (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Badan Kebajikan Sekolah Agama Kerajaan Johor dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Negeri Johor di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru pada Rabu
Onn Hafiz (tengah) dan Mohd Fared (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Badan Kebajikan Sekolah Agama Kerajaan Johor dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Negeri Johor di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru pada Rabu
A
A
A
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau rapat lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ini kerana ajaran Syiah, Hizbur Tahrir, ajaran Millah Abraham, ajaran Suhaini Mohammad (Sihulk) dan ajaran Qadiani dipercayai masih aktif, namun masih terkawal

"Dua daripada lima ajaran sesat yang dipantau itu, terdapat dua aduan berhubung ajaran Millah Abraham iaitu pada Januari dan Jun lalu di Pontian dan Segamat. Tiada aduan diterima bagi ajaran Syiah dan Hizbur Tahrir pada tahun lalu dan tahun ini.

"Bagi ajaran Sihulk pula, kumpulan ini bergerak aktif di dalam media sosial dan sentiasa dipantau oleh JAINJ dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kumpulan ini aktif di New Zealand," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di Savanna Hill Resort pada Rabu.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, dalam tempoh sejak 1986 hingga 2022, sebanyak 19 ajaran sesat difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.

Beliau berkata, antaranya ialah ajaran Ayah Pin, ajaran Taslim, ajaran Wahabi, ajaran Qadyani, ajaran Gunung Ledang Tangkak, ajaran Ilmu Makrifat, ajaran Azman Samat dan ajaran Yayi.

Mengulas beberapa siri penahanan dan pendakwaan di mahkamah pengikut ajaran dan fahaman sesat termasuk kumpulan pengganas Islamic State (IS) di negeri ini, Mohd Fared berkata, itu perlu dilihat dari sudut positif dan menunjukkan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan baik.
Artikel Berkaitan:


Katanya, banyak tangkapan tidak bermaksud negeri ini dalam bahaya, begitu juga sebaliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!