SHARP Malaysia lancar siri ‘My Second Washer’ berteknologi Jepun

Hiroshi Hatsushiba (kanan) bersama Ting Yang Chung (kiri) semasa majlis pelancaran siri 'My Second Washer' di ibu pejabat SHARP Malaysia Seksyen 27 pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Hiroshi Hatsushiba (kanan) bersama Ting Yang Chung (kiri) semasa majlis pelancaran siri 'My Second Washer' di ibu pejabat SHARP Malaysia Seksyen 27 pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT pengeluar barangan elektrik, SHARP Electronics Malaysia Sdn Bhd (SHARP Malaysia) melancarkan siri ‘My Second Washer’ iaitu mesin basuh dan pengering berteknologi Jepun yang memudahkan pengguna melakukan kerja rumah di samping meningkatkan kebersihan serta keselesaan.

Pengarah urusannya, Ting Yang Chung berkata, orang ramai berpeluang merasai sendiri produk berkualiti tinggi yang amat menekankan prestasi pembersihan dan penyelesaian inovatif dari negara matahari terbit itu.

Ting Yang Chung. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Ting Yang Chung. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

Menurutnya,produk hero bagi pelancaran siri My Second Washer ialah mesin basuh tanpa lubang SHARP 11 kilogram (kg), mesin basuh dan pengering Pro-Flex SHARP bagi 10.5 kg basuh atau 7 kg kering.

“Antara produk yang bakal dilancarakan pada Ogos nanti ialah mesin pengering pam haba Pro-Flex SHARP 10 kg. Selain itu, produk yang akan dilancarkan ialah mesin basuh hadapan yang baharu (8.5 kg, 9.5 kg dan 10.5 kg) dan mesin basuh menegak ‘inverter’ (10kg, 12 kg, 14 kg dan 17 kg).

“Di bawah kempen ‘Japanese Living To Your Home’ - ‘Clean Home Solutions’, SHARP juga menawarkan perkakas inovatif yang diimport dari Jepun agar kemudahan dan persekitaran rumah lebih baik.

“Ia termasuk pengering rambut Plasmacluster Beauty Drape Flow’ SHARP yang mempunyai aliran udara dialirkan dari empat saluran secara pantas bagi mengurangkan masa pengeringan sebanyak 35 peratus dan terdapat enam mod dandanan rambut disediakan, mesin basuh dan pengering mini SHARP (3kg) untuk pakaian ibu serta bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pengenalan produk terbaharu jenama berkenaan di ibu pejabat SHARP Malaysia, Seksyen 27, di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengurus Kanan Unit Bisnes dan Koperasi, Hiroshi Hatsushiba; Ketua Pemasaran Jenama, Jayson Ong; Pembantu Pengurus Jenama, Esther Lee serta pempengaruh asal Jepun, Anna Tanaka.

Yang Chung berkata, selain itu, almari kasut Plasmacluster SHARP dengan teknologi menghilangkan bau dan kipas Plasmacluster SHARP sebagai alternatif menyejukkan suasana dalaman rumah.

Yang Chung memaklumkan, mesin basuh tanpa lubang SHARP antara fokus keutamaan memandangkan produk terbabit menekankan penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam kalangan wanita.

Tambah beliau, mesin basuh kategori tersebut dipatenkan secara eksklusif sebagai produk kedua yang wajib ada dalam setiap rumah pengguna.

Jelasnya, reka bentuk tab tanpa lubang di dalamnya bukan sahaja membantu meminimumkan pertumbuhan kulat pada tab luar, malah ia juga mengurangkan penembusan ke pakaian semasa mencuci bagi mengelakkan terkena sebarang alahan.

“Kebersihan yang sebenar boleh dicapai dengan mesin basuh berinovatif ini kerana ia menjimatkan air sehingga 30 peratus bagi setiap kali basuhan.

“Pakaian juga akan menjadi lebih kering dalam waktu kurang dari satu jam berbanding produk jenama lain. “Menerusi kempen SHARP ‘Japanese Living To Your Home’, diharapkan ia dapat memenuhi keperluan rakyat di negara ini untuk menjaga keselesaan dan memiliki kediaman yang lebih bersih,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!