Pasport Malaysia ke-12 paling berkuasa di dunia

Pasport Malaysia ke-12 paling berkuasa di dunia dengan pemegangnya dibenarkan melakukan perjalanan tanpa visa ke 182 buah negara. Foto 123RF
Pasport Malaysia ke-12 paling berkuasa di dunia dengan pemegangnya dibenarkan melakukan perjalanan tanpa visa ke 182 buah negara. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Pasport Malaysia berada di tempat ke-12 dalam ranking pasport global terkini, jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan ke-11 sebelumnya berdasarkan Indeks Pasport Henley.

Menerusi indeks yang dikemas kini setiap bulan dan merangkumi 199 pasport berbeza itu, pemegang pasport Malaysia dibenarkan melakukan perjalanan tanpa visa ke 182 buah negara daripada 227 destinasi di seluruh dunia.

Indeks tersebut dikeluarkan berdasarkan data terkumpul oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan dianggap sebagai rujukan standard buat pengguna di seluruh dunia yang mahu menilai tahap kekuatan pasport negara masing-masing.

Difahamkan, pasport Malaysia pernah menduduki tempat kelapan iaitu dalam kedudukan 10 teratas negara paling berkuasa di dunia pada 2014.

Pasport Malaysia berada di tempat ke-12 berdasarkan Indeks Pasport Henley.
Pasport Malaysia berada di tempat ke-12 berdasarkan Indeks Pasport Henley.

Sementara itu, Singapura mengekalkan kedudukan di tangga pertama memiliki pasport paling berkuasa dan rakyat dapat melawat serta mengakses 195 negara tanpa memerlukan visa.

Perancis pula berada di kedudukan kedua diikuti Jerman, Itali, Jepun dan Sepanyol iaitu kebolehan mengakses perjalanan tanpa visa ke 192 negara.

Negara di tangga ketiga adalah Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan dan Sweden dengan kebenaran ke 191 negara.

Artikel Berkaitan:

Antara negara Asean yang lain, Brunei menduduki tangga ke-19, Thailand ke-60, Indonesia ke-65, Filipina ke-73 dan Kemboja ke-86 manakala Vietnam ke-88, Laos ke-90, serta Myanmar ke-92.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!