Mayat lelaki tanpa identiti terdampar tepi sungai

Lokasi penemuan mayat di tepi Sungai Jertih, berdekatan sebuah masjid di Besut pada pagi Rabu.
Lokasi penemuan mayat di tepi Sungai Jertih, berdekatan sebuah masjid di Besut pada pagi Rabu.
A
A
A

BESUT - Penduduk gempar apabila menemukan mayat dipercayai seorang lelaki terdampar di tepi Sungai Jertih berdekatan sebuah masjid di sini, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.30 pagi.

"Bertindak daripada laporan itu kita segera mengerahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

"Mayat tanpa identiti itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berdekatan.
Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berdekatan.

Abdul Rozak berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal pihak polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah serta tiada sebarang kesan kecederaan ke atas tubuh badan mangsa.

"Setakat ini kita belum dapat mengenal pasti identiti mangsa dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!