Pesawat bawa 19 individu terhempas di Nepal
Pesawat yang dimiliki oleh Saurya Airlines terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu.
Jurucakap TIA, Premnath Thakur berkata insiden berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan (0515GMT).
Antara 19 orang di dalam pesawat itu termasuk kru, dan pesawat itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke bandar Pokhara di tengah Nepal.
Operasi menyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kemalangan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!