Naib Canselor UPTM terima anugerah Tokoh Alumni UIAM 2024

Sharifah Syahirah
Sharifah Syahirah
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Syed Shiekh dianugerahkan Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2024.

UPTM dalam satu kenyataan berkata, anugerah tersebut disampaikan Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman sempena dengan majlis Hari Takrim UIAM 2024 di Gombak pada Selasa.

"Pengiktirafan ini di atas pencapaian, personaliti serta sumbangan beliau kepada institusi pendidikan tinggi dan seterusnya kepada masyarakat terutamanya dalam bidang penyelidikan.

"Beliau turut aktif dalam penyelidikan berkaitan kepimpinan dan peranan wanita, politik, kenegaraan, Sustainable Development Goals (SDG) dan menjadi pakar rujukan serta panel jemputan media arus perdana," kata kenyataan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, Sharifah Syahirah juga aktif dalam pelbagai organisasi dalam dan luar negara termasuklah Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) Persatuan Sains Sosial (PSSM).

Selain itu, beliau turut terpilih untuk menghadiri Dialogue on Innovative Higher Education Strategies DIES anjuran DAAD dan German Rectors’ Conference yang dihadiri oleh 29 pemimpin dari 29 universiti Asia Tenggara.

"Di atas dedikasi dan sumbangan beliau juga, beberapa anugerah telah diterima antaranya Global Pioneering Women Leader Award 2020, Malaysia's Women Leadership Award in 2019 dan MARA Educator Excellence Award 2016.

"Semoga pengiktirafan ini menjadi aspirasi kepada warga UPTM untuk meningkatkan mutu kerja, penyelidikan dan pengajaran agar memberi manfaat kepada semua," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!