22 maut pesawat terhempas di lapangan terbang Kathmandu

Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu. Foto EPA
Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu. Foto EPA
A
A
A

KATHMANDU - Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey memberitahu Xinhua bahawa seorang mangsa terselamat dan telah dimasukkan ke hospital.

Lapangan terbang berkenaan ditutup buat sementara waktu akibat insiden itu.

Pesawat Saurya Airlines dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Pokhara, dengan 17 daripadanya adalah kru, kata Pandey.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat itu terhempas semasa berlepas di TIA, Kathmandu.

Operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!