Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas

Keadaan di lokasi kemalangan di kilometer 22.8 Lebuhraya Karak, di sini, pada Rabu. Foto ihsan pembaca
Keadaan di lokasi kemalangan di kilometer 22.8 Lebuhraya Karak, di sini, pada Rabu. Foto ihsan pembaca
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22.8, Lebuhraya Karak di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kemalangan itu pada jam 1 pagi.

"Hasil siasatan mendapati sebuah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun dari Jerantut, Pahang menghala ke Dengkil, Selangor.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan itu telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal jenis Kawasaki yang ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Ariffin berkata, motosikal mangsa kemudian telah jatuh di atas jalan raya dan bergesel dengan dua motosikal jenis Kawasaki yang ditunggang oleh dua lelaki berusia 27 dan 46 tahun.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi lelaki cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-3311552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!