KPDN serbu stor haram simpan LPG

KPDN Negeri Sembilan merampas 515 tong Gas Petrolium Cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM59,194.80 selepas dipercayai disimpan secara haram di premis tanpa nama di Port Dickson pada Selasa. Foto KPDN NS (Gambar kecil: Muhammad Zahir
KPDN Negeri Sembilan merampas 515 tong Gas Petrolium Cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM59,194.80 selepas dipercayai disimpan secara haram di premis tanpa nama di Port Dickson pada Selasa. Foto KPDN NS (Gambar kecil: Muhammad Zahir
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 515 tong Gas Petrolium Cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM59,194.80 dipercayai disimpan secara haram di premis tanpa nama di Port Dickson, pada Selasa.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan melalui Ops Tiris itu dilakukan sepasukan penguat kuasanya kira-kira jam 11.50 pagi.

"Hasil risikan kita berjaya mengesan aktiviti penyelewengan atau proses decanting LPG yang mana semasa serbuan dijalankan, tiada pihak yang bertanggungjawab di temui di premis tersebut.

"Turut disita dua lori jenama Bison, hos 30 unit, alat timbang elektronik jenama CTS seunit, tong ais dua unit dan plastik ais 10 unit yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM109,084.80," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, kesemua barangan tersebut telah disita kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau permit sah yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited dan akan meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan serta operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan bersubsidi.

"Kami tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya dalam membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

"Ia bagi memastikan aktiviti haram yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu,beliau turut memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan bersubsidi agar mematuhi perundangan yang berkuatkuasa.

"Mana-mana orang yang melakukan kesalahan akan di ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!