Didakwa langgar perjanjian, Michael Ang serah pada peguam

Michael memaklumkan dia kini sedang sibuk dengan penggambaran.
Michael memaklumkan dia kini sedang sibuk dengan penggambaran.
A
A
A

PENGARAH dan penerbit, Michael Ang menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan bayaran sebanyak RM500,000 daripada syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd.

Michael, 48, juga enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan melanggar terma perjanjian dalam dua kontrak dengan syarikat berkenaan sebelum ini.

“Biasalah orang atau artis disaman. Mereka (pihak yang menfailkan saman) fikir mereka betul, dan saya fikir, saya betul.

“Jadi mulalah saman-menyaman. Bermula dari sekarang tiada kenyataan dari saya, biar peguam saya selesaikan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Michael memaklumkan dia kini sedang sibuk dengan penggambaran.

"Banyak lagi masalah kan Malaysia dari kes saman. He says she says!" ujarnya.

Pada Rabu, syarikat pengurusan Armani Entertainment menuntut semula bayaran sebanyak RM500,000 daripada Michael Ang selepas pengarah itu didakwa gagal melaksanakan beberapa tugas mengikut kontrak dalam perjanjian strategik antara mereka.

Menurut Ketua Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mendapati Micheal melanggar kandungan dalam dua kontrak sepanjang tiga tahun kerjasama mereka.

Artikel Berkaitan:

Antaranya Michael memberikan jaminan memasukkan artis naungan syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular dan juga tawaran sebagai pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitan sutradara itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!