Kes Zulfarhan: Ramai setuju pihak terima surat layang dihukum

Allahyarham Zulfarhan. Surat layang yang tular di aplikasi X.
Allahyarham Zulfarhan. Surat layang yang tular di aplikasi X.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Menerusi hantaran tersebut, surat layang berkenaan ditulis atas kertas A4 dan diselitkan di pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 manakala surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih keesokan harinya.

Bagaimanapun, surat itu didakwa mula diketahui semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Susulan daripada pendedahan berkenaan, banyak pihak mula mula mempersoalkan tindakan pihak pengurusan UPNM dalam menangani masalah buli yang berlaku.

Dalam pada itu menerusi hantaran di Instagram, seorang aktres, Rita Rudaini tampil menyatakan sokongan bahawa pihak yang menerima surat layang tersebut layak dikenakan tindakan kerana gagal menjalankan tugas.

Dia turut menyelar tindakan bomoh yang dikatakan memberi petunjuk mengenai kehilangan laptop menyebabkan Allahyarham Zulfarhan dipukul oleh tertuduh.

"Dapat petunjuk ke dapat bisikan daripada iblis? Komputer riba pun hang (bomoh) tak tahu dok (ada) di mana. Dia punca terjadinya semua ini!

"Warden hidup segan mati tak mahu patut diambil tindakan juga. Sama juga di mana-mana sekolah, asrama dan universiti... asal mengadu mula mengata ibu bapa manjakan anak. Ibu bapa hantar anak mereka bukan untuk dijadikan beg meninju. Saya menyokong pihak yang dapat surat layang ini dikenakan tindakan," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar hantaran Rita Rudaini di Instagram pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Rita Rudaini di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Rita turut menyeru ibu bapa supaya menjadikan kes ini sebagai pengajaran agar tidak mengambil mudah atau takut untuk membuat laporan berkaitan kes buli.

Ujarnya, ibu bapa juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak supaya dapat berkongsi pendapat atau pengalaman mengenai pahit manis kehidupan serta tindakan yang sewajarnya diambil jika mengalami kesulitan.

Tangkap layar hantaran Rita Rudaini di Instagram pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Rita Rudaini di Instagram pada Rabu.

Di aplikasi X, nama Arwah Zulfarhan menjadi 'trending' dengan jumlah penggunaan mencecah 82,000 hantaran setakat jam 5 petang pada Rabu.

Menurut @radidaros, pengurusan universiti berkenaan dianggap tidak peka dan culas dalam menjalankan tugas kerana sikap warden serta pengurusan asrama gagal mengendali pelajar dengan baik.

Selain itu @mutalibuthman berkata, mahkamah perlu sabitkan kapten atau jurulatih yang bertanggungjawab meletakkan surat layang dalam Whatsapp serta bomoh terlibat kerana kedua-duanya menjadi punca kepada kematian Allahyarham Zulfarhan.

Dalam pada itu, pengguna @AzriAbdullah22 berkata, kebanyakan pihak kini mengecam budaya gangguan, penyeksaan dan buli di UPNM, bukan keseluruhan organisasi tersebut kerana semua universiti mempunyai kelemahan tersendiri.

"Orang awam marah kenapa sewaktu pentadbiran UPNM dimaklumkan melalui surat layang Akmal, tiada tindakan diambil untuk verify (sahkan) maklumat tentang Zulfarhan.

"Orang awam juga mahu perubahan dalam UPNM ke arah yang lebih baik, tiada orang mahu UPNM ditutup. Kalau ada itu semua terlalu dibawa emosi," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!