Empat kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Empat kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas Tahap 1 pada Rabu. Gambar hiasan
Empat kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas Tahap 1 pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di empat kawasan di Semenanjung.

Jabatan itu memaklumkan, terdapat dua kawasan di Perak mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Larut Matang dan Kuala Kangsar.

Selain Perak, terdapat dua kawasan lain mencatatkan suhu panas Tahap 1 iaitu di Kuala Kerai, Kelantan dan Rompin, Pahang.

Cuaca panas tahap 1 melanda empat kawasan di Semenanjung dan ia melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Kelantan.
Cuaca panas tahap 1 melanda empat kawasan di Semenanjung dan ia melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Kelantan.

"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!