'Selagi ada hayat saya akan terus berpuisi'

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Penyair Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2024 kepada Ibrahim (tiga dari kanan).
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Penyair Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2024 kepada Ibrahim (tiga dari kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka menobatkan penyair prolifik tanah air, Dr Ibrahim Ghaffar sebagai Tokoh Penyair Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2024.

Anugerah diberikan sempena sambutan Hari Puisi Kebangsaan dan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kehadiran penggerak seperti Ibrahim untuk memperkasakan persembahan puisi ini boleh dikira dengan jari, namun ia bukan halangan kepada penyair prolifik ini untuk terus berkarya.

Malah menurut Ibrahim, beliau memulakan usaha memartabatkan puisi sejak penghujung tahun 60-an dan ia akan diteruskan kepada generasi baharu walaupun pada usianya sudah 75 tahun.

"Usia saya menjangkau ke-75 sekarang tetapi saya tidak akan melepaskan kalau ada undangan atau jemputan kecuali sekiranya ada dua acara bertembung.

"Seboleh-bolehnya saya akan terima jemputan untuk memeriahkan sesuatu acara khususnya puisi dan selagi ada hayat, saya akan meneruskannya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ibrahim dengan nama penanya Uji Rahimaya dilahirkan pada 2 Ogos 1950 di Lubuk Pusing, Sabak Bernam, Selangor dan membesar di Kampung Sungai Batang, Bagan Datuk, Perak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Batang, Perak sebelum menjejaki Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Sumun di peringkat sekolah menengah.

Artikel Berkaitan:

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau dahulunya dikenali dengan nama Maktab Rida pada tahun 1968 sehingga 1971 sebelum menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Bagaimanapun minat dan penglibatan Ibrahim dalam dunia puisi telah bermula lebih awal dan bermula pada sekitar 60-an lagi dengan puisi pertama bertajuk Darah dan Aku.

Sejak itu puisi-puisinya sering mendapat tempat di persada sastera akhbar dan majalah tanah air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!