'Port' warga asing jalankan perniagaan digempur

Serbuan dijalankan berjaya menahan 11 warga asing terdiri daripada tujuh warga Indonesia, dua warga Bangladesh, seorang warga India serta seorang warga Indonesia.
Serbuan dijalankan berjaya menahan 11 warga asing terdiri daripada tujuh warga Indonesia, dua warga Bangladesh, seorang warga India serta seorang warga Indonesia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawasan deretan kedai yang dipercayai diusahakan warga asing dekat Kampung Masjid, Jalan Segambut Dalam di sini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia pada Rabu.

Kawasan perniagaan terbabit yang terdiri daripada kedai runcit, gerai makanan, kedai telekomunikasi dan kedai gunting rambut yang pernah tular menerusi media sosial baru-baru ini digempur menerusi operasi dijalankan bermula jam 3 petang.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi dijalankan susulan aduan orang ramai serta risikan yang dijalankan pihaknya.

Beberapa premis perniagaan dikesan dimiliki warga tempatan namun ia diusahakan warga asing.
Beberapa premis perniagaan dikesan dimiliki warga tempatan namun ia diusahakan warga asing.

"Serbuan dijalankan ini berjaya menahan 11 warga asing terdiri daripada tujuh warga Indonesia, dua warga Bangladesh, seorang warga India serta seorang warga Indonesia.

"Kesemua individu ditahan berumur antara 25 hingga 60 tahun dipercayai bekerja di premis yang diserbu," katanya pada Rabu.

Katanya, pemeriksaan mendapati beberapa premis perniagaan itu mempunyai lesen perniagaan sah milik warga tempatan.

"Beberapa premis ini kita kesan dimiliki warga tempatan berdasarkan pemeriksaan melibatkan lesen yang dimiliki namun ia diusahakan warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan sebegini jelas sekali merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan menjejaskan ketenteraman awam berikutan kebanjiran warga asing," katanya.

Antara warga asing yang ditahan menerusi serbuan yang dijalankan dekat Kampung Masjid, Jalan Segambut Dalam Rabu.
Antara warga asing yang ditahan menerusi serbuan yang dijalankan dekat Kampung Masjid, Jalan Segambut Dalam Rabu.

Menurutnya, antara kesalahan dikesan tiada dokumen perjalanan yang salah, tinggal lebih masa dan melindungi pendatang asing tanpa izin dalam premis

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!