Pesawat terhempas di Nepal: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Seramai 22 orang dilaporkan maut selepas pesawat milik Saurya Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu pada Rabu.
Seramai 22 orang dilaporkan maut selepas pesawat milik Saurya Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kemalangan udara melibatkan pesawat Bombardier CRJ-2000 milik Saurya Air dengan nombor pendaftaran 9N-AME, pada Rabu.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau dengan teliti kesan insiden tersebut dan mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

"Menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana kemalangan berkenaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada, berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey memaklumkan Xinhua bahawa seorang mangsa terselamat dan dimasukkan ke hospital.

Menurut Pandey, pesawat Saurya Airlines dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Pokhara dengan 17 daripadanya adalah kru.

Mengulas lanjut Wisma Putra memaklumkan, sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Kedutaan Malaysia secara terus menerusi 97715445680 atau 97715445681 (Umum) dan 977-9801008000 (kecemasan).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!